JUN 2022

Premier Sarawak Ke Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022


KUCHING, 1 JUN 2022 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang telah hadir ke Rumah Terbuka Gawai Dayak bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) tengahari ini tadi.

Sejurus tiba, beliau disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri. 

Majlis dimulakan dengan upacara ‘Kujuk’ bagi mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai Tuai Pengabang ke Rumah Terbuka Gawai Dayak tersebut.

‘Kujuk’ biasanya dibina di galeri atas sebuah ruai manakala perkataan kujuk secara harfiah bermaksud bungkusan yang dibalut dengan pua kumbu. 

Majlis kemudiannya dihiburkan dan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian pelbagai etnik di Sarawak. 

Turut hadir adalah Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Awang Asfia bin Awang Nassar serta beberapa kenamaan lain. 

Sumber dari : Sarawakku